Friday, 15 July 2011

keempat

blogger juga memberikan anda pilihan untuk menyelia konen blog anda. ini bermakna anda menenttukan siapa yang boleh memberi kommen dalam blog anda andaboleh  membenarkan komen daripada disini anda mesti pastikan dalam keterangan blog tersebut. mengandungi bangak katakunci jika blog anda tengtang kambing .maka anda

Lewis mula laung amaran

pix_gal0
Bjorn pamer aksi memukau

SANDWICH (England): Pusingan kedua Terbuka British bermula semalam dengan pemain amatur Inggeris, Tom Lewis (atas) dan pemain veteran Denmark, Thomas Bjorn menaruh harapan untuk mengekalkan kedudukan pendahulu.
Lewis, 20, mempamerkan aksi menakjubkan pada penampilan pertamanya di kejohanan berkenaan kelmarin dengan merakam catatan terendah bagi pemain amatur dalam sejarah kejohanan untuk berkongsi kedudukan dengan Bjorn pada lima pukulan bawah par di Royal St George.
Lewis bagaimanapun kekal realistik dengan peluangnya untuk memburu kejuaraan, menekankan baki 54 lubang di lapangan sukar itu mampu mengubah keadaan dalam sekelip mata.

“Ia cuma satu hari. Saya yakin saya tidak mampu merakam empat (catatan) 65. Saya bakal berdepan cabaran sukar tetapi selagi saya mengurangkan kesilapan, ia sudah cukup menggembirakan,” kata Lewis yang turun dalam kumpulan sama dengan Tom Watson - pemain legenda yang menjadi idola bapa Lewis ketika menamakannya.

Bjorn pula, yang menyertai kejohanan pada saat akhir selepas Vijay Singh menarik diri akibat kecederaan, mempamerkan jalan cerita berbeza kelmarin apabila kembali ke saingan berkenaan selepas kegagalannya muncul juara pada 2003.

Dalam penampilan terakhirnya di St George lapan tahun lalu, Bjorn mensia-siakan kelebihan tiga pukulan dengan hanya empat lubang berbaki yang menyaksikan pemain tidak ternama dari Amerika Syarikat (AS), Ben Curtis merampas tempatnya untuk menjulang trofi Auld Claret Jug.
Tiga pemain - Miguel Angel Jimenez dari Sepanyol dan Lucas Glover serta Webb Simpson dari AS ketinggalan satu pukulan di belakang pendahulu. Seramai 12 pemain lain berada di kelompok ketiga - tiga pukulan di belakang pendahulu - termasuk juara PGA AS, Martin Kaymer dan juara Terbuka AS 2010, Graeme McDowell.

Pilihan utama kejohanan, Rory McIlroy yang baru dinobat juara Terbuka AS tahun ini, enam pukulan di belakang Lewis dan Bjorn selepas mencatat satu atas par, 71, bersama dua pemain Inggeris, Luke Donald dan Lee Westwood. – AFP

Perkhidmatan tren KTMB di Stesen Kuala Lumpur alami gangguan

KUALA LUMPUR: Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melalui Stesen Kuala Lumpur akan mengalami gangguan berikutan insiden kren terbalik di platform empat stesen itu di Kilometer (KM) 387.3.

Insiden pada jam 12.44 malam tadi membabitkan kren seberat 60 tan yang sedang melakukan kerja menanggalkan iklan dan tiang "unipole" berhampiran platform empat stesen itu.
"Kren ini gagal menstabilkan kedudukan lalu jatuh merintang ke atas bumbung dan kabel elektrifikasi di platform 4,3 dan 2 menyebabkan kesemua platform berkenaan tidak boleh dilalui dan hanya platform satu yang boleh digunakan," kata KTMB dalam satu kenyataan hari ini.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan tetapi kerja-kerja pengalihan struktur, pembersihan dan pemasangan semula kabel-kabel rosak akan dilakukan sehingga Isnin ini.

Justeru, KTMB akan menyediakan perkhidmatan bas untuk memindahkan penumpang yang menaiki komuter dari Stesen Bank Negara ke KL Sentral dan dari KL Sentral ke Bank Negara sebelum perjalanan diteruskan seperti biasa.

Bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS), perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh akan bermula dan tamat di Stesen Sentul manakala perjalanan dari Seremban ke Ipoh akan tamat di Stesen KL Sentral dan penumpang akan menaiki bas untuk ke stesen Sentul bagi meneruskan perjalanan.

Perkhidmatan bas bermula pada 6 pagi tadi sehingga waktu perkhidmatan terakhir pada 11.45 malam dan perkhidmatan ini akan diteruskan sehingga kerja-kerja pembersihan selesai.
Bagi perkhidmatan KTM Kargo dan KTM Antarabandar, tren akan beroperasi pada satu aliran sahaja iaitu platform 1 dan tren akan diperlahankan apabila melalui kawasan insiden dan dijangka berlaku kelewatan ketibaan antara 30 minit hingga sejam. - BERNAMA

bahagian kedua

sebuah blog adalah hanya satu laman wed yang ditulis padanya berita berita dalam format yang bersahaja dan  dikemaskinikan.daripada menjadi laman web yang mengenaraikan laman web baru atau laman web yang baru dikemaskinikan.blog itu sendiri adalah .