Insiden pada jam 12.44 malam tadi membabitkan kren seberat 60 tan yang sedang melakukan kerja menanggalkan iklan dan tiang "unipole" berhampiran platform empat stesen itu.
Justeru, KTMB akan menyediakan perkhidmatan bas untuk memindahkan penumpang yang menaiki komuter dari Stesen Bank Negara ke KL Sentral dan dari KL Sentral ke Bank Negara sebelum perjalanan diteruskan seperti biasa.
Bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS), perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh akan bermula dan tamat di Stesen Sentul manakala perjalanan dari Seremban ke Ipoh akan tamat di Stesen KL Sentral dan penumpang akan menaiki bas untuk ke stesen Sentul bagi meneruskan perjalanan.
Perkhidmatan bas bermula pada 6 pagi tadi sehingga waktu perkhidmatan terakhir pada 11.45 malam dan perkhidmatan ini akan diteruskan sehingga kerja-kerja pembersihan selesai.
Bagi perkhidmatan KTM Kargo dan KTM Antarabandar, tren akan beroperasi pada satu aliran sahaja iaitu platform 1 dan tren akan diperlahankan apabila melalui kawasan insiden dan dijangka berlaku kelewatan ketibaan antara 30 minit hingga sejam. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment